Proton minta maaf tersilap kedudukan Sabah, Sarawak


  • Bizz
  • Khamis, 13 Jun 2024

Sabah dan Sarawak tersilap kedudukan di dalam peta yang dikongsikan oleh Proton.

PENGELUAR kereta nasional, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) memohon maaf kepada rakyat Malaysia berhubung kesilapan syarikat itu melabelkan negeri Sabah dan Sarawak di dalam peta.

Menerusi laman Facebook, pihak Proton berkata, mereka amat menyesali kesilapan itu yang mungkin akan menimbulkan perasaan sensitif dalam kalangan masyarakat.

"Proton menjunjung tinggi perpaduan dan kepelbagaian Malaysia. Kami komited untuk menghormati serta meraikan semua negeri secara sama rata.

BACA LAGI: 'Pilih yang tak retak', telur boleh menjadi bahaya jika tak dikendalikan dengan sempurna

BACA LAGI: Anak kena kudis buta sampai kuku tercabut, doktor kongsi petua elak kutu berjangkit

"Oleh itu, kami memohon maaf atas sebarang salah faham yang berlaku dan menghargai maklum balas daripada orang ramai," katanya pada Khamis.

Sebelum itu, tular di media sosial mengenai peta Sabah dan Sarawak yang bertukar tempat.

Dipercayai, peta Malaysia itu dipaparkan di skrin ketika pelancaran kenderaan elektrik (EV) pertama Malaysia, e.MAS yang dianjurkan oleh Proton.

Tambahnya, Proton akan lebih berhati-hati pada masa hadapan supaya tidak menimbulkan sebarang salah faham.

"Kami mengucapkan terima kasih atas pemahaman dan sokongan anda yang berterusan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram