Pembeli kediaman Paramount Property menang BMW iX1


  • Bizz
  • Khamis, 06 Jun 2024

Dari kanan: Ketua Pegawai Eksekutif Paramount Property Wilayah Utara, Wang Chong Hwa dan Chan bergambar bersama pemenang, Amer dan keluarganya.

SYARIKAT hartanah, Paramount Property mengumumkan pemenang hadiah utama kempen Paramount BigMegaWin yang berjaya membawa pulang ganjaran berupa sebuah kereta elektrik mewah BMW iX1.

Acara pengumuman pemenang itu diadakan bersempena dengan pelancaran unit pameran Uptown Residences 2 baharu di Paramount Property Gallery @ Berkeley Uptown di Klang, Selangor pada Isnin.

Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran Paramount Property, Chan Jy Mei menzahirkan ucapan tahniah buat pemenang hadiah utama peraduan iaitu Amer Muzhafar.

“Sebagai pemaju yang mementingkan keperluan rakyat, kami bukan sahaja membina rumah, tapi juga kediaman. Kami mahu pembeli benar-benar menikmati rumah idaman mereka. Membeli rumah adalah peristiwa penting, dan bagi kebanyakan orang, ia merupakan kemenangan peribadi.

"Kempen Paramount BigMegaWin menyediakan pelbagai penghargaan tambahan untuk pembeli kami. Saya mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan semua pembeli yang kini memanggil hartanah kami sebagai rumah.

"Sekalung tahniah kepada Amer Muzhafar dan keluarganya kerana memenangi BMW iX1 serba baharu,” kata Chan.

Kempen Paramount BigMegaWin yang dilancarkan pada 2023 menawarkan peluang kepada pembeli rumah untuk mengambil bahagian dalam acara cabutan bertuah bulanan.

Terdapat seramai lima pemenang diumumkan setiap bulan, dan mereka yang tidak menang secara automatik layak untuk mengambil bahagian dalam cabutan bulan berikutnya dengan semua pembeli rumah berpeluang memenangi BMW iX1.

Dalam pada itu, pemenang bertuah, Amer berkata, dia dan keluarganya sangat teruja selepas diumumkan sebagai pemenang hadiah utama dalam kempen berkenaan.

"Dengan begitu ramai pembeli yang mengambil bahagian, ia memang tidak dijangka. Bila telah disenarai pendek, kami memutuskan untuk datang dan cuba nasib kami. Kami gembira dengan kemenangan ini dan ingin mengucapkan terima kasih kepada Paramount Property dan Auto Bavaria,” ujarnya.

Majlis pelancaran yang berlangsung pada Sabtu itu diadakan dengan kerjasama Auto Baravia.

Pada acara tersebut, pengunjung diberikan peluang untuk memandu uji beberapa model kenderaan elektrik (EV) terkini dan mengetahui lebih lanjut tentang masa depan kenderaan elektrik daripada pakar BMW.

Selain itu, pengunjung juga mendapat penjelasan mengenai penggunaan dan pemasangan pengecas EV daripada Kineta. Acara terbabit turut menampilkan sesi mengenai inovasi tenaga solar oleh Solaroo.

Untuk rekod, sebanyak 496 rumah telah dijual melibatkan jualan RM512 juta dengan lebih daripada 180 pemilik rumah memenangi pelbagai hadiah sepanjang kempen tersebut.

Pelancaran Unit Pameran Uptown Residences 2

Living & Dining -4

Konsep pembinaan kediaman di Uptown Residences 2 membawakan kehidupan antara generasi yang terbaik.

Dalam pada itu, majlis pelancaran itu juga menandakan pembukaan rasmi unit pameran Uptown Residences 2.

Fasa baharu Berkeley Uptown ini terdiri daripada pangsapuri servis pegangan bebas dan vila taman.

Dengan fasa pertama pangsapuri servis kini sudah dijual sepenuhnya, Uptown Residences 2 dibuka untuk pendaftaran bagi pembeli rumah yang ingin menjadi sebahagian daripada penduduk kawasan perumahan yang terletak di pusat bandar raya Klang.

Kediaman di Uptown Residences 2 membawakan kehidupan antara generasi yang terbaik, menawarkan unit kediaman dengan susun atur sesuai untuk pembeli rumah pertama, keluarga muda dan isi rumah lebih besar dengan ahli keluarga sudah berusia.

Ia merupakan tempat di mana generasi yang berbeza boleh bersama dalam persekitaran yang selamat yang merangkumi taman tengah yang menghijau, ruang sosial komuniti tertutup untuk penduduk sahaja, geladak podium rekreasi dan taman atas bumbung persendirian — yang pertama seumpamanya di Klang.

Daftar sekarang untuk mengetahui lebih lanjut tentang Uptown Residences 2 atau jadualkan lawatan persendirian untuk pameran unit kediaman di https://paramountproperty.my/berkeley-uptown/product/uptown-residence-2/.Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram