Penduduk siap solat hajat atas bukit, lelaki 'hiking' hilang 4 hari ditemukan selamat


  • 112
  • Rabu, 22 Mei 2024

Operasi mencari dan menyelamat bagi Muhammad Azfar yang hilang sejak empat hari lepas di Batu Kawan, Simpang Ampat, Pulau Pinang.

SELEPAS empat hari pencarian, lelaki berusia 28 tahun yang hilang ketika mendaki di Batu Kawan, Simpang Ampat, Pulau Pinang dijumpai oleh orang awam berhampiran sebuah jeti.

Muhammad Azfar Ismail, dari Taman Mutiara, Bukit Mertajam ditemukan dalam keadaan keletihan yang teruk tetapi selamat kira-kira pukul 2.30 petang Rabu.

Angkatan Pertahanan Awam Seberang Perai Selatan menerusi laman Facebook berkata, Azfar dikatakan pergi mendaki sendirian kira-kira pukul 5 petang dan gagal pulang ke rumah sejak Sabtu lepas.

BACA LAGI: IWK respons kontroversi tajuk teater ‘Najis Jadi Teman’, mahu sedarkan masyarakat

BACA LAGI: Tak jaga makan, terlalu sibuk berlatih menari, Mimi Fly dedah pernah koyak otot paha

WhatsApp Image 2024-05-22 at 3.58.46 PM

Penduduk kampung turut melakukan solat hajat bagi memohon dipermudah usaha mengesan lelaki itu.

Susulan laporan yang dibuat oleh keluarga, agensi penyelamat seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Pulau Pinang dan polis yang dibantu orang ramai telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat untuk mengesannya.

Penduduk kampung turut melakukan solat hajat di atas bukit berkenaan bagi memohon dipermudah usaha mengesan lelaki itu.

Kawasan dalam radius 5 kilometer telah dicari dengan bantuan tambahan daripada penduduk kampung setempat.

Bukit Hill Top Batu Kawan sering menjadi tumpuan pendaki untuk berjoging di situ pada sebelah petang terutama hujung minggu.

Antara laluan popularnya ialah denai sepanjang 4.5 kilometer yang mengambil masa purata satu setengah jam untuk diselesaikan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram