SEORANG pemandu treler yang cuba terjun menyelamatkan diri sebaliknya digilis tayar kenderaan berat itu sebelum maut tertimbus di dalam tanah pada Selasa.
Dalam kejadian pukul 7.30 malam, mangsa, Fairon Bola, 30, dipercayai terjun dari treler itu selepas kenderaan berat itu hilang kawalan berhampiran Kampung Gudon, Manggatal, Kota Kinabalu, Sabah.
Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pasukan bomba tiba di lokasi kejadian pada pukul 7.45 malam sebaik menerima maklumat kejadian.
BACA LAGI: Suami tergamam, isteri menjerit ditumbuk dan diseret sebelum cuba diculik 4 lelaki di Kulai
BACA LAGI: [VIDEO] Satu famili terperanjat, tetamu misteri selamba lena atas sofa rumah di Kerian
Pasukan penyelamat mengeluarkan mangsa yang ditemui tertimbus di Kampung Gudon, Manggatal, Sabah.
Menurutnya, pasukan operasi gagal menemui mangsa sebelum menghubungi syarikat treler itu bagi mengenalpasti identiti pemandu treler berkenaan.
"Kami dimaklumkan pemandu treler terbabit tiada di rumahnya menyebabkan operasi pencarian terpaksa dilakukan semula di lokasi kejadian.
"Mangsa akhirnya berjaya ditemui tertimbus dalam tanah di kiri kepala treler pada pukul 9.26 malam," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Riki berkata, pasukan operasi seterusnya membantu mengeluarkan mayat mangsa yang tertimbus menggunakan peralatan khas.
Seramai 20 anggota dari BBP Lintas.
Katanya, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada pukul 10.47 malam," katanya.
Sementara itu, Riki berkata, operasi berkenaan membabitkan seramai 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Hasrulnizam. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram