JABATAN Kastam Thailand akan mengenakan denda dua kali ganda kepada pengimport rokok elektronik atau e-rokok daripada nilai barangan yang ditambah cukai untuk mengekang penjualannya dalam kalangan orang ramai, terutamanya golongan remaja.
Pada Sabtu, jurucakap Kastam Thailand, Panthong Loykulnan berkata, pengimport e-rokok, barakus atau shisha dan e-barakus kini dikehendaki membayar denda dua kali ganda nilai barangan, cukai kastam dan VAT.
"Semua barangan rampasan akan dipertimbangkan dengan cara yang sama seperti barangan lain dengan had import, seperti arak, rokok, bawang putih, bawang merah dan barangan yang melanggar hak cipta."
BACA LAGI: Isteri tak endah suami rogol anak hingga lahirkan 2 zuriat
Menurut Panthong, langkah-langkah itu dibuat selepas penggunaan meluas e-rokok dalam kalangan remaja dan pelajar sekolah.
Baru-baru ini, pihak berkuasa Thailand telah menyerbu sebuah kedai di perbandaran bandar Si Sa Ket selepas menerima laporan penjualan e-rokok secara haram.
Pihak berkuasa berjaya merampas 4,300 peralatan e-rokok seperti cecair e-rokok serta wang tunai sebanyak 8,595 baht (RM1,109).
BACA LAGI: PRK KKB: Pinjam along, sampul raya antara 4 kontroversi hangatkan suhu minggu pertama kempen
Jurucakap pihak berkuasa Thailand, Kom Sagwong berkata, dalam serbuan itu mereka telah menahan dua pekerja lelaki kerana penjualan e-rokok selain memiliki rokok tanpa kebenaran.
"Mereka dikehendaki membayar empat kali ganda daripada harga barang rampasan atau lebih RM200,000 kerana menjual e-rokok secara haram."
Di daerah Rayong pula, pihak berkuasa tempatan pula menahan dua individu kerana didakwa menjual e-rokok dan e-barakus dalam kedai mereka. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
