LIMA pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dilantik sebagai anggota Sekretariat Pejabat Presiden parti itu mendapat sambutan positif dalam kalangan ahli dan juga penyokong parti berkenaan.
Kelima-lima pemimpin parti itu dilantik sebagai anggota Sekretariat Pejabat Presiden parti berkenaan yang ditubuhkan pada Isnin.
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi akaun Facebook parti itu memaklumkan Sekretariat Pejabat Presiden PKR itu, dianggotai Datuk Romli Ishak sebagai Setiausaha Politik Kanan Pejabat Presiden dan juga koordinator sekretariat.
Sementara itu, Onn Abu Bakar, Sim Tze Tzin, Manivanan Gowin dan Juwairiya Zulkifli, pula masing-masing dilantik sebagai Setiausaha Politik Pejabat Presiden.
Manakala, Juwairiya juga dilantik sebagai setiausaha sekretariat itu.
BACA LAGI : [VIDEO] Cemburu punca individu tendang, tumbuk lelaki dan wanita dekat stesen minyak Bukit Indah — Polis
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata penyokong menzahirkan ucapan tahniah dan berharap kesemua individu yang dilantik akan menggalas tugas dengan baik.
Malah, ada yang berasakan Pelantikan kelima-lima pemimpin itu dilihat sebagai lantikan yang tepat kerana mereka merupakan individu yang setia dengan parti berkenaan walaupun dilanda pelbagai isu dalaman.
Amirul Syidik mengucapkan tahniah terhadap kelima-lima pemimpin yang dipilih.
Tahniah semuannya, satu pilihan yang mantap dan tetap. Semua yang dipilih adalah individu yang cukup setia dengan PKR walaupun pernah 'dilanda badai' pada 2018.
"Semoga PKR terus memperjuangkan nasib rakyat," tulisnya.
BACA LAGI : [VIDEO] Kutuk berwajah 'alien', wanita rupanya diludah, ditampar bekas teman lelaki
Sementara itu, Kamalanathan Chellappan pula berkata kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ahli parlimen (MP) patut diberikan kepada individu yang setia.
"Dalam parti kita semua berhak bertanding tetapi tetapi kerusi Adun dan MP perlu diberi kepada individu yang betul-betul setia dan bukannya yang datang dan pergi sesuka hati.
"Apabila parti lain nampak tiada masa depan dan buat 'U-turn' balik ke pangkuan kita. Keluarkan kenyataan 'mereka' setia. Orang-orang inilah membuatkan kita jatuh pada 2018," tulisnya.
Seorang lagi penyokong, Ragu Perianan pula berkata, pemilihan kelima-lima individu berkenaan memudahkan urusan penyokong dan rakyat dalam membuat urusan dengan parti.
"Senang nak buat aduan selepas ini, terus ke pejabat presiden. Tahniah semua, pilihan yang tepat. Semoga terus berjuang untuk rakyat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram