Pemangku Sultan Johor titah pihak berkuasa ambil tindakan isu stoking kalimah ALLAH


  • Primer
  • Selasa, 19 Mac 2024

Tunku Mahkota Ismail menitahkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap isu kalimah ALLAH.

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menitahkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap isu kalimah ALLAH.

Tunku Mahkota Ismail bertitah, langkah itu perlu diambil bagi memastikan isu seperti itu tidak akan berulang lagi.

“Kalimah ALLAH adalah kalimah suci yang sangat tinggi di hati umat Islam. Berkenaan isu baru-baru ini, saya menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas mengenai isu berkenaan dan memastikan isu seperti ini tidak akan berulang lagi.

“Isu ini tidak boleh dipandang remeh. Saya memandang serius isu ini dan berharap perkara ini tidak mengganggu gugat keharmonian negara,” titah baginda menerusi laman X pada Selasa.

BACA LAGI: Pernah disewa sampai ke Thailand, motorhome Fathuddin jadi pilihan artis tempatan dan pelancong luar

WhatsApp Image 2024-03-19 at 1.00.11 PM (2)

BACA LAGI: Bukan setakat makan kurma, Tok Abah kongsi cara 'orang lama' dapatkan badan segar semasa berpuasa

Pada 13 Mac lalu, tular di media sosial stoking kalimah ALLAH yang dijual di KK Mart Bandar Sunway, selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna.

Rabu lalu, KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dilaporkan memohon maaf berhubung penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah ALLAH di beberapa cawangan kedai serbaneka itu.

Syarikat itu berkata, jualan stoking berkenaan dihentikan serta-merta sementara menunggu penjelasan daripada pembekal.

Pengendali rangkaian kedai serbaneka itu turut meminta supaya tidak memboikot perniagaan mereka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram