[VIDEO] Bapa budak tarik kerusi sampai warga emas jatuh terlentang ketika solat di Bahau minta maaf


  • Massa
  • Rabu, 13 Mac 2024

Mohd Kassim jatuh selepas kerusinya ditarik dalam kejadian di Masjid Al Falah Taman Tunku Puan Chik, Bahau, Jempol pada Ahad lepas.

BAPA kanak-kanak yang menyebabkan seorang warga emas jatuh terlentang semasa solat Isyak berjemaah sudah memohon maaf.

Terdahulu, warga emas terbabit jatuh terlentang selepas kerusinya ditarik seorang kanak-kanak lelaki di Masjid Al Falah Taman Tunku Puan Chik, Bahau, Jempol, Negeri Sembilan pada Ahad lepas.

Warga emas tersebut, Mohd. Kassim Maarof, 63, dilaporkan berkata, dia langsung tidak menyedari kerusi yang digunakannya untuk solat ditarik oleh seorang kanak-kanak lelaki dan hanya mengetahui sebaik mahu bersujud.

Mohd Kassim yang juga merupakan ahli jawatankuasa masjid tersebut sudah memaafkan bapa dan juga kanak-kanak itu.

BACA LAGI: Diam-diam mematikan, ketahui 5 jenis penyakit silent killer boleh terjadi kepada anda

BACA LAGI: 'Kejarlah pahala seawal mungkin', ketahui kelebihan 10 malam pertama Ramadan dan ganjaran tarawih

Malah, Mohd Kassim mengakui sama sekali tidak marah dengan peristiwa yang berlaku.

Mohd Kassim turut menegaskan peristiwa sebegini menyebabkan kanak-kanak yang belum mumaiyiz makruh dibawa ke masjid.

"Kalau nak bawa juga, pantaulah dengan sempurna,” katanya.

Menerusi rakaman yang tular di media sosial, Mohd Kassim dilihat masih meneruskan solatnya semasa sujud dengan menggunakan isyarat tunduk dalam keadaan kaki melunjur selepas jatuh tergolek ke arah belakang.

Peristiwa itu turut menyebabkan Mohd Kassim yang meneruskan solat seperti biasa berasa sakit di bahunya.

Mohd Kassim juga mengakui terkejut selepas video yang hanya dikongsikan di laman group WhatsApp masjid dan isterinya itu kini tular di media sosial. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram