LEBIH 15 orang melecur teruk akibat letupan bunga api semasa meraikan karnival di Hermanas Mirabal, Republik Dominica pada Ahad.
Menurut pihak berkuasa Salcedo, antara jumlah mangsa yang tercedera itu termasuklah lebih 10 orang kanak-kanak yang menyertai persembahan dalam karviral itu.
Pada awalnya, pelancaran bunga api yang dibuat bertukar tragedi apabila api terkena pada pakaian beberapa orang di kawasan berkenaan sehingga keadaan itu tidak dapat dikawal.
BACA LAGI: 'la sama sekali bukan tangkap basah', Ruhainies nafi dakwaan kontroversi bersama Aliff Aziz
Malah, rakaman tular di media sosial menunjukkan beberapa mangsa berlari dalam keadaan menahan kesakitan apabila tubuh badan mereka dijilat api yang marak.
Dalam pada itu, satu unit dari Jabatan Bomba bandar berkenaan bersama beberapa ambulans bergegas ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa.
Mangsa yang tercedera dimasukkan ke pusat kesihatan swasta di bandar Santiago, Santo Domingo dan juga Salcedo bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Walaubagaimanapun, pihak berkuasa tempatan sedang menjalankan siasatan bagi menentukan pihak yang perlu bertanggungjawab terhadap kejadian terbabit. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram