[VIDEO] 'Polis pun cakap pencuri kurang ajar', pemilik rumah di KK bernasib malang kena ceroboh 2 hari berturut-turut


  • Tular
  • Rabu, 06 Mac 2024

Tangkap layar kejadian dua penjenayah mengambil air compressor daripada sebuah rumah di Lorong Kenawai, Kota Kinabalu, Sabah pada Selasa.

SEORANG pemilik rumah di Lorong Kenawai, Kota Kinabalu, Sabah mengalami nasib malang apabila kediamannya dipecah masuk sebanyak tiga kali selama dua hari berturut-turut bermula Isnin.

Dalam rakaman yang dimuat naik menerusi media sosial pada Rabu, tiga orang lelaki yang memakai topi dilihat menceroboh masuk ke dalam sebuah rumah sekitar pukul 12.19 pagi Isnin.

Menurut maklumat daripada pengguna Facebook, @King Cobra, kumpulan penjenayah itu kemudian datang semula ke rumah berkenaan pada hari yang sama pada pukul 2 pagi.

Tidak cukup kediaman itu diceroboh sebanyak dua kali, dua orang lelaki pula datang ke rumah berkenaan dengan mengenakan helmet bagi mengelak identitinya dikesan pada Selasa sekitar pukul 3.56 pagi.

Difahamkan, sebanyak lapan air compressor dan dua blower dicuri daripada rumah mangsa.

BACA LAGI: Miliki hak eksklusif Taylor Swift, PM Singapura tidak berniat cetus permusuhan serantau

BACA LAGI: [VIDEO] Keluang Man mula 'beraksi' April ini, peminat berpeluang jadi superhero di KidZania

@King Cobra turut memaklumkan bahawa pemilik rumah berkenaan telah melaporkan hal itu kepada pihak berkuasa.

"Sudah hantar video juga dengan polis yang handle kes ini, polis pun cakap pencuri kurang ajar," katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bimbang kes kecurian semakin menjadi-jadi di kawasan tersebut.

"Aduh kawasan Damai lagi itu," tulis Joe Johar.

"Keadaan ekonomi sekarang macam ramai orang terdesak buat perkara tak elok," tulis Ai Psd. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram