[VIDEO] Dua maut tersepit, hilang kawalan punca MPV bertembung jip di Tangkak


  • 112
  • Isnin, 12 Feb 2024

Tangkap layar pihak bomba membantu mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Tangkak, Johor pada Isnin.

DUA lelaki maut selepas jip yang dinaiki mereka bertembung sebuah kenderaan pelbagai guna MPV yang dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan.

Pemandu MPV terbabit turut parah dalam kejadian di kilometer 36 Jalan Muar-Segamat kira-kira pukul 8 pagi pada Isnin.

Ketika kejadian, MPV dipandu lelaki berusia 24 tahun itu dari Segamat ke Tol Plaza Tangkak, Johor sebelum dia hilang kawalan dan merempuh jip dinaiki dua mangsa dari arah bertentangan.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Saya takkan main bola dah', Aisar Khaled trauma patah kaki lepas main bola di Kedah

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib dilaporkan mengesahkan mangsa yang maut merupakan seorang pekebun, Ng Kok Fern, 64 tahun, manakala seorang lagi lelaki identitinya masih belum dikenal pasti.

Kedua-dua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di dada, badan dan kaki.

Sementara itu, pemandu MPV, Wong Shi Yong, 24 tahun cedera di kepala dan badan dan dirawat di Hospital Tangkak.

Pihak Bomba dan Penyelamat Tangkak turut mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dan kedua-dua mayat dihantar ke unit forensik hospital sama.

Kes disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram