SARANG burung merupakan manfaat kecantikan yang mempunyai pelbagai khasiat untuk kecantikan manusia.
Malah pada suatu ketika dahulu, ia dianggap sebagai hidangan mewah dan berkhasiat bagi sesetengah masyarakat tertentu kerana ia sukar diperolehi.
Maka tidak hairanlah masyarakat Cina khususnya menjadikan sarang burung antara bahan perubatan yang penting sehingga kini.
Hal ini kerana, selain mencantikkan kulit, mengamalkan pemakanan sarang burung dapat membantu melancarkan pencernaan, mengatasi masalah tidur dan kesihatan paru-paru.
Bukan itu saja, kandungan yang terdapat dalam sarang burung seperti asid amino, protein dan mineral lain dapat melindungi badan daripada mengalami masalah kesihatan.
Sehubungan itu, Vinut Malaysia telah melancarkan minuman tin sarang burung Vinut yang mempunyai pelbagai khasiat.
Minuman tin sarang burung Vinut juga dirumus dengan ramuan semula jadi yang berbeza agar dapat memberi lebih banyak manfaat kepada kesihatan individu.
Berkonsepkan “Nikmati Kebaikan Vinut”, produk ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat terutamanya untuk mereka yang menjalani gaya hidup aktif.
Selain itu, dengan mengaplikasi konsep 'Grab and Go', orang ramai boleh menikmati Vinut, minuman kecantikan yang segar walaupun ketika sibuk dengan tugasan harian.
Paling penting sekali, minuman tin sarang burung Vinut mempunyai status sijil halal, tiada bahan pengawet dan tiada pewarna tiruan.
Menawarkan enam jenis perisa yang rendah lemak dan kalori, minuman tin sarang burung Vinut ini memberi pengguna rasa khasiat yang berlainan.
Paling penting, setiap minuman tin sarang burung Vinut mengandungi sarang burung yang asli untuk memastikan pengguna dapat menyerap dos harian kolagen yang sesuai bagi memelihara kulit supaya menjadi lebih sihat dan cantik.
Selain itu, minuman dalam tin ini juga dirumus dengan ramuan semula jadi yang berbeza agar dapat memberi lebih banyak manfaat kepada kesihatan individu.
Antara kandungan berkhasiat yang terdapat dalam setiap ramuan minuman tersebut termasuklah ginseng, aloe vera, biji teratai, kolagen, cordyceps dan kurma merah.
Ginseng berupaya menguatkan sistem imun, melawan keletihan dan meningkatkan tahap tenaga.
Manakala kelebihan aloe vera dalam minuman itu antara lain berfungsi untuk menyihatkan dan melembapkan kulit, sumber antioksida yang baik.
Dalam pada itu, selain membantu menyihatkan tubuh badan, biji teratai juga membantu menyihatkan badan, mengurangkan haba dan mencegah keradangan badan serta kaya dengan pelbagai nutrien dan antioksidan.
Pastinya ramai mengetahui pengambilan kolagen diyakini mampu membantu meningkatkan keanjalan kulit.
Namun dalam masa sama, kolagen juga boleh mengekalkan kekuatan tulang dan menjaga kekuatan kuku serta rambut.
Seterusnya, cordyceps yang terdapat dalam sarang burung juga membantu meningkatkan kecergasan fizikal, menambah tenaga harian, meningkatkan imun badan dan berfungsi sebagai anti penuaan.
Manakala kurma merah pula kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral terutamanya Vitamin C, mengandungi antioksidan yang tinggi dan memberikan energi serta daya ketahanan yang tinggi.
Vinut boleh didapatkan di secara dalam talian atau di kedai-kedai berdekatan seperti 7-Eleven, AEON, Kedai Mesra, Xpress Point, Caring Pharmacy dan Hai-O atau layari laman Facebook, Vinut Malaysia untuk maklumat lanjut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram