Tiada sesi akademik minggu pertama sekolah bagi tarik minat murid — KPM


  • Primer
  • Isnin, 04 Mac 2024

Pada minggu pertama, pengurusan sekolah perlu mengalu-alukan kehadiran dan menarik minat murid ke sekolah.— Gambar hiasan

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) akan meneruskan pendekatan tidak mengadakan sesi pembelajaran pada minggu pertama persekolahan.

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan dilaporkan berkata, pada minggu pertama itu, pengurusan sekolah perlu mengalu-alukan kehadiran dan menarik minat murid ke sekolah.

"Ia juga tahun kedua pendekatan itu dilaksana selepas kali pertama tahun lalu.

"Semua sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) diharap dapat mengurus sebaik mungkin sekolah termasuk bersiap siaga dengan infrastruktur melibatkan kerusi, meja, buku teks termasuk menyediakan program yang bersesuaian bagi murid," katanya.

BACA LAGI : Terigau-igau urus jenazah bayi tanpa kepala, dibuang dalam tangki kumbahan

2067358

Pihak sekolah perlu menyusun aktiviti bersesuaian kepada murid sepanjang Ramadan dan ketika berdepan cuaca panas. — Gambar hiasan

BACA LAGI : Sedih sampai terduduk, lelaki demam sanggup tunggu lebihan makanan 'tapau' sebab isteri dan anak lapar

Sesi Persekolahan 2024/2025 bagi kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) akan bermula Ahad, manakala kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) bermula Isnin.

Selain itu, Azman berkata, tiada keperluan untuk menutup operasi kantin sekolah sepanjang Ramadan kerana terma yang termaktub antara operator kantin dan sekolah.

"Pihak sekolah perlu menyusun aktiviti bersesuaian kepada murid sepanjang Ramadan dan ketika berdepan cuaca panas," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram