[VIDEO] Bersih berarak ke Parlimen, selesai hantar memorandum tuntut reformasi politik


  • Politik
  • Selasa, 27 Feb 2024

Memorandum itu diserahkan kepada wakil Ahli Parlimen Kerajaan oleh Pengerusi Bersih, Muhammad Faisal Abdul Aziz.

GABUNGAN Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) selesai menyerahkan memorandum kepada Kerajaan bagi menggesa pembaharuan politik pada Selasa.

Kumpulan berkenaan yang berarak daripada Plaza Tugu Negara ke Parlimen menuntut antara lain supaya pentadbiran negara menunaikan beberapa janji reformasi yang pernah dibuat sebelum ini.

Pada sekitar pukul 9.15 pagi, Dr Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) turun menemui penunjuk perasaan yang berkumpul berhampiran pintu masuk Dewan Rakyat.

BACA LAGI: Bersih tetap adakan perhimpunan di Parlimen pada Selasa, hantar notis ke IPD Dang Wangi

BACA LAGI: 'Jangan sia-siakan perjuangan kita', MP kerajaan persoal tindakan kerah polis ke pejabat Bersih

Memorandum itu diserahkan oleh Pengerusi Bersih, Muhammad Faisal Abdul Aziz.

Terdahulu, Bersih mengadakan pertemuan di Tugu Negara sebagai sebahagian daripada kempen #Reformasi100peratus untuk menggesa kerajaan menunaikan janji reformasi antaranya dalam melaksanakan pengasingan peranan antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

Bersih juga menggesa agar moratorium bagi pemberian keputusan melepas tanpa bebas (DNAA) bagi kes rasuah berprofil tinggi. — The Star/JUSTIN ZACK

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram