[VIDEO] Seorang maut, 5 cedera insiden tembakan di stesen kereta api di New York


  • Benua
  • Selasa, 13 Feb 2024

Seorang terbunuh dalam kejadian tembakan di stesen kereta api di New York pada Isnin.

SEORANG maut manakala lima lagi mangsa cedera dalam kejadian tembakan di stesen kereta api di New York, Amerika Syarikat pada Isnin.

Menurut laporan agensi, seorang suspek dipercayai mengeluarkan pistol ketika kereta api menghampiri stesen Mt Eden Avenue dan mula melepaskan tembakan.

Ketua transit polis di Jabatan Polis New York, Michael Kemper berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai kejadian apabila menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 4.30 petang (waktu tempatan) dan bergegas membawa enam mangsa ke hospital.

"Kami percaya ini bukanlah tembakan rambang. Sebaliknya dipercayai tembakan berpunca daripada pertikaian antara dua kumpulan yang bermula di dalam kereta api.

"Malangnya seorang daripada mangsa iaitu lelaki berusia 34 tahun, disahkan meninggal dunia di hospital," katanya.

BACA LAGI: [VIDEO] ‘Jauh lagi elok berbanding lelaki sejati’, gadis cantik China lebih suka jejaka AI sebagai ‘boyfriend’

BACA LAGI: Pintu hati tertutup selama 2 tahun, Yazid Izaham hanya perlukan 5 bulan temui wanita kiriman Tuhan

Mengulas lanjut, polis tempatan masih berusaha mengenal pasti suspek yang melarikan diri dari tempat kejadian.

Dalam pada itu, detektif polis dan ejen dari Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Letupan (ATF) Persekutuan berada di tempat kejadian bagi menjalankan kerja forensik termasuk pencarian cap jari susulan insiden tembakan itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram