
KEHANGATAN Tahun Baharu Cina yang bakal disambut kurang lagi sebulan, sudah pasti memberi keterujaan buat masyarakat Tionghua untuk membuat persiapan awal.
Tidak hanya dari segi pakaian, makanan dan dekorasi kediaman, malah aktiviti melancong dilihat menjadi suatu kemestian bagi memeriahkan lagi perayaan itu.
Buat mereka yang masih lagi tercari-cari destinasi menarik untuk menyambut Tahun Baharu Cina, Taman Tema Sunway mungkin ada jawapannya.
Bagi memperingati Tahun Naga kali ini, taman tema itu menganjurkan kempen ‘Be Long With You’ yang bermula pada 8 Januari hingga 28 Februari ini.
BACA LAGI : "Be 'Long' With You", saksikan 9 naga di Taman Tema Sunway sempena Tahun Baharu Cina
Penampilan sembilan naga gergasi
Sembilan ekor naga akan dipamerkan di dua taman tema terkemuka iaitu Sunway Lagoon, Selangor dan The Lost World of Tambun, Perak.
Kempen itu dilengkapkan dengan penampilan naga gergasi sebagai simbol kekuatan, nasib baik dan kuasa.
Justeru, sembilan ekor naga akan dipamerkan di dua taman tema terkemuka iaitu Sunway Lagoon, Selangor dan The Lost World of Tambun, Perak.
Tiga haiwan mitos itu akan menghiasi langit Sunway Lagoon, yang mana salah satu daripadanya memiliki kepanjangan 577 kaki (175 meter) dan membentuk tanglung merah di laluan SDG.
Malah, seekor lagi naga yang memiliki sisik biru kehijauan akan berkilauan apabila terkena pancaran mentari, sekali gus menyerlahkan lagi keindahan di Plazza Utama.
Enam lagi naga bakal dipamerkan di Sunway Lost World of Tambun menerusi nama panggilan Lightning Dragon, Fossil Dragon, Air Dragon dan Water Dragon yang akan ditempatkan di Luminous Forest.
Sementara itu, Lantern Dragon akan dipamerkan di pintu masuk utama Cat Bridge dan Saphira Dragon.
BACA LAGI : Cuti akhir tahun penuh pengembaraan, magis di Sunway Lost World Of Tambun
Persembahan Trio
Persembahan bunga api muzikal terbesar bakal diadakan di Pesta Ong Lai dekat Sunway Lagoon pada 10 dan 11 Februari depan.
Percutian bersama keluarga bakal membawa pengalaman menakjubkan dengan persembahan trio Tahun Baharu Cina, termasuk pameran ‘The Return of Kung Fu Dragon’; Joyful of New Year’ di pulau terapung; dan ‘The Wind of the Bloom’ di pentas utama.
Pertunjukan hasil gabungan tradisional dan gerakan gabungan semestinya akan meninggalkan kesan unik serta harmoni buat semua pengunjung.
Pesta Ong Lai
Antara tarikan utama di Taman Tema Sunway
Kemeriahan sambutan Tahun Naga diteruskan lagi dengan Pesta Ong Lai di Sunway Lagoon pada 10 dan 11 Februari depan.
Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung tidak kira dari segi peringkat umur, antaranya pasar lambak yang menawarkan pelbagai barangan tradisional dan moden berbentuk kraf serta seni hasil tangan Tahun Baharu Cina.
Selain itu, pengunjung pasti terpukau dengan persembahan tarian naga LED, pertunjukan cahaya berwarna-warni serta persembahan tarian singa.
Langit malam pula akan diterangi dan diwarnai dengan percikan bunga api sekali gus menghidupkan lagi suasana perayaan.
Menariknya, Sunway Lagoon adalah satu-satunya taman tema di Malaysia yang mengadakan persembahan bunga api setiap kali menjelang musim perayaan.
Persembahan bunga api muzikal terbesar di Malaysia itu menandakan berakhirnya perayaan yang sudah tentu akan menjadi kenangan manis di minda pengunjung.
Pengunjung juga berpeluang menikmati persembahan kebudayaan sepanjang kempen itu berlangsung, antaranya ialah persembahan 24 gendang perayaan dan Opera Sichuan yang akan menampilkan warisan budaya di rantau ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram