Najib masih hilang kelayakan bertanding pada PRU 2027 — Peguam


  • Politik
  • Sabtu, 03 Feb 2024

Menurut Mohamed Haniff, kehilangan kelayakan selama lima tahun itu bermula dari tarikh tamat hukuman yang diterima oleh bekas Perdana Menteri itu.

KEGAGALAN Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan pengampunan penuh menyebabkan beliau tidak layak untuk bertanding dalam pilihan raya umum bagi tempoh lima tahun selepas hukumannya tamat.

Peguam kanan, Datuk Dr Baljit Singh Sidhu berkata, kehilangan kelayakan itu termasuk untuk memegang mana-mana jawatan dalam perkhidmatan awam bagi tempoh yang sama.

Seorang lagi peguam kanan Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, kehilangan kelayakan selama lima tahun itu bermula dari tarikh tamat hukuman yang diterima oleh bekas Perdana Menteri itu.

Katanya, ketetapan itu dinyatakan di bawah Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.

“Tetapi kehilangan kelayakan itu (untuk bertanding pilihan raya) boleh diketepikan oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 48(3). Sebab itu ia dipanggil pengampunan pembebasan,” katanya lagi.

Di bawah Perkara 48, individu yang disabitkan kesalahan yang membawa hukuman penjara lebih setahun atau denda lebih RM2,000 dan tidak mendapat pengampunan akan hilang kelayakan bertanding dalam pilihan raya selama lima tahun.

BACA LAGI: [VIDEO] Najib bebas 2028, hukuman penjara, denda dikurangkan lebih 70 peratus — Lembaga Pengampunan

2015680

Mohamed Haniff berkata tidak seperti Najib (kanan), Anwar diberikan pengampunan pembebasan atau penuh.

BACA LAGI: [VIDEO] Pengampunan Najib: Kalau tak puas hati, boleh rayu Agong — PM Anwar

Mohamed Haniff berkata, pengampunan yang diberikan kepada Najib tidak membawa kepada pengampunan pembebasan.

Mengambil contoh pengampunan diraja diperolehi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2018, Mohamed Haniff berkata tidak seperti Najib, Anwar diberikan pengampunan pembebasan atau penuh.

Kemudian Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V memberikan pengampunan penuh kepada Anwar pada Mei 2018 ketika baginda sedang menjalani hukuman penjara kedua selepas sabitan kes liwat.

Mohamed Haniff berkata, pengampunan pembebebasan itu juga bermakna semua hukuman Anwar dibatalkan.

Anwar kemudiannya terus bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson.

Bagaimanapun, dalam kes Najib, hukumannya hanya dikurangkan dan tidak disebutkan mengenai pengampunan penuh.

Pilihan raya umum akan datang mesti diadakan menjelang 2027.

Dengan Najib tidak dapat bertanding atau memegang jawatan awam selama lima tahun, adalah sangat tidak mungkin untuk Najib bertanding dalam pilihan raya umum itu.

Mohamed Haniff sebelum itu dilaporkan berkata, terdapat kemungkinan Najib akan bebas dari penjara seawal 2025 dengan menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah memandangkan bekas ahli Parlimen itu layak untuk memohon parol pada tahun depan berdasarkan semakan semula tempoh pemenjaraannya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram