Sanggup berkumpul seawal Subuh, rakyat Johor pamer sokongan padu pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Agong


  • Massa
  • Rabu, 31 Jan 2024

Keadaan di sekitar perkarangan Masjid Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Kulai, Johor pada Rabu sebelum Sultan Ibrahim berangkat ke Istana Negara, Kuala Lumpur. — The Star

SEMPENA pertabalan Raja Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-17, orang ramai dilihat tidak putus memberikan sokongan penuh sejak awal lagi.

Pada Rabu, perkarangan Masjid Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Kulai, Johor dipenuhi dengan penduduk tempatan sebagai tanda hormat sebelum berangkatnya Sultan Ibrahim ke Istana Negara di Kuala Lumpur.

Bukan itu sahaja, orang ramai dilaporkan sanggup berkumpul di hadapan kawasan tersebut seawal pukul tujuh pagi dan ada yang tiba lebih awal iaitu pukul 5 pagi bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

BACA LAGI : Sultan Ibrahim ditabal Agong Ke-17, ini 3 fakta menarik mengenai Seri Paduka Baginda

2519341

Orang ramai yang sanggup berkumpul demi melihat Sultan Ibrahim berangkat ke Istana Negara pada Rabu. — The Star

BACA LAGI : Tamat khidmat 30 Januari 2024, Al-Sultan Abdullah singkap 1,001 cabaran ketuai negara

Ketika itu, kira-kira 2,000 orang berada di lokasi itu termasuk dari Istana Bukit Serene hingga ke Hangar Diraja di Lapangan Antarabangsa Senai.

Rombongan Diaraja meninggalkan Istana tersebut dikatakan pada sekitar pukul 7.45 pagi dan dilaporkan mengambil masa kira-kira 30 minit untuk sampai ke Hangar Diraja.

Dalam pada itu, Sultan Ibrahim turut melakukan istiadat mengangkat sumpah jawatan serta menandatangani surat perjanjian yang diadakan pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Ke-264 (Khas) di Balairung Seri (bilik takhta) di Istana Negara.

Pada masa sama, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dilaporkan akan mengangkat sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Sultan Ibrahim juga menandatangani surat cara pengisytiharan jawatan dengan kandungannya dibacakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan Raja-Raja Melayu yang lain termasuk kerabat Diraja dan pembesar-pembesar lain. — The StarREMAR NORDIN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram