Palm Garden Hotel Putrajaya ketengahkan warisan perladangan estetik


  • Bizz
  • Isnin, 29 Jan 2024

Hotel jenama Tribute Portfolio yang pertama di Malaysia, Palm Garden Hotel Putrajaya dibuka semula pada pertengahan November 2023. 

SEBUAH hotel jenama Tribute Portfolio yang pertama di Malaysia, Palm Garden Hotel Putrajaya dibuka semula pada pertengahan November tahun lalu.

Hotel itu yang sebelum ini dikenali sebagai Palm Garden Hotel sangat sesuai buat pasangan yang mahu berbulan madu ataupun meluangkan masa bersama keluarga tercinta.

Berada di tengah-tengah lokasi yang popular, kedudukan hotel mewah ini berjarak tujuh minit jika berjalan kaki dari Kelab Golf Palm Garden, sembilan minit jika berjalan kaki dari IOI City Mall dan 1 kilometer (km) dari Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE).

BACA LAGI: Rasa 'sayang' boleh buat anda keracunan ubat

WhatsApp Image 2024-01-29 at 3.35.36 PM

Pengunjung pastinya berpuas hati meluangkan masa percutian di hotel ini.

Reka bentuk hotel itu dicipta dengan mengetengahkan warisan perladangan aestetik yang sememangnya mampu memberi pengalaman luar biasa buat pengunjung.

Mencipta momen terindah bersama yang tersayang, bilik hotel tersebut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti peti ais, kemudahan air panas, WiFi percuma, aircond dan televisyen, sofa dan pelbagai lagi.

Pengunjung turut boleh melihat pemandangan yang menakjubkan dari balkoni bilik yang mampu menenangkan perasaan.

Mempunyai kelengkapan dari semua aspek, hotel tersebut menyediakan kolam renang, pusat kecergasan yang canggih, taman permainan kanak-kanak dan kawasan yang luas untuk pelbagai aktiviti.

Ia juga menawarkan ruang acara yang mengagumkan termasuk Rafflesia Ballroom yang amat bersesuaian untuk majlis perkahwinan dan perhimpunan besar.

Palm Garden Hotel turut dilengkapi dua pilihan menjamu selera iaitu Palms Cafe dan Madam Lee Nyonya Private Dining.

Untuk maklumat, Palm Cafe menawarkan gabungan masakan tempatan dan antarabangsa manakala Madam Lee Nyonya Private Dining juga bersesuaian buat pengunjung yang ingin menikmati warisan masakan Baba Nyonya dengan kelengkapan Bar al fresco estetik di tingkat bawah restoran tersebut.

Lebih menarik, para pengunjung yang mendiami hotel itu juga boleh menikmati hidangan teh secara percuma setiap hari pada pukul 5 petang di ruangan alfresco Courtyard yang disediakan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram