[VIDEO] Dua suspek guna alat pemadam api samun kedai runcit di Guar Chempedak


  • Tular
  • Ahad, 28 Jan 2024

Tangkap layar video memaparkan taktik dua perompak yang menggunakan alat pemadam api bagi menyamun sebuah keda runcit di Guar Chempedak, Kedah.

TULAR satu kejadian rompakan melibatkan dua lelaki di sebuah kedai runcit dipercayai berlaku di Guar Chempedak, Yan, Kedah.

Lebih mengejutkan, kedua-dua perompak terbabit dilihat menggunakan taktik baharu apabila memakai alat pemadam api bagi menakutkan penjaga kedai.

Video kejadian tersebut yang tular sejak Sabtu dirakam oleh kamera litar tertutup di premis terbabit.

Menerusi klip berdurasi 30 saat itu, dua lelaki yang berpakaian hoodie berwarna hitam dilihat secara tiba-tiba memasuki kedai terbabit dengan salah seorang daripadanya menggunakan alat pemadam api dan menyemburkannya kepada dua individu yang berada di dalam kedai.

BACA LAGI: [VIDEO] Cubaan rompak bersenjata gagal, pemilik kedai emas 'trick' buka laci sebelum larikan diri

BACA LAGI: [VIDEO] Suspek rompak tabung derma, ‘spray’ ubat nyamuk berapi di Klang rupanya ada 11 rekod jenayah, 7 kes dadah

Pada masa sama, seorang lagi perompak dengan pantas mengambil mesin mesin daftar wang tunai yang berada di kaunter pembayaran.

Penjaga kaunter di premis terbabit dilihat hanya mampu terduduk bagi melindungi diri daripada terkena semburan alat pemadam api dan gagal menghalang lelaki berkenaan daripada merampas mesin wang berkenaan.

Menerusi tarikh dipaparkan pada video terbabit, kejadian itu dipercayai berlaku pada Khamis lalu sekitar pukul 7.29 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji dilapor mengesahkaan mengenai kejadian tersebut.

Beliau berkata, dalam insiden berkenaan, pemilik kedai terbabit dianggarkan kerugian sebanyak RM2,800 selepas peti mesin wang kedai dilarikan oleh dua suspek terbabit.

Katanya, tiada kecederaan dilaporkan melibatkan mangsa dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram