SEORANG lelaki ditahan selepas didakwa memukul anak perempuannya sehingga menyebabkan kecederaan di Kampung Kendong Baru, Rembau, Negeri Sembilan pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, mangsa yang merupakan pelajar berusia 17 tahun itu terpaksa menerima sebanyak 12 jahitan akibat dipukul dengan kerusi dan papan seterika ketika kejadian.
"Mangsa ditendang oleh suspek di perut dan cedera pada muka, tangan dan bahu kanan," katanya.
BACA LAGI : Kes penghuni kondo Bukit Jalil pukul pengawal keselamatan, polis sahkan suspek sudah didakwa
Tangkap layar video memaparkan kejadian tersebut.
Hazri berkata, suspek bagaimanapun berjaya diberkas dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau untuk siasatan lanjut.
"Suspek ditahan pada hari yang sama dan hasil siasatan mendapati, suspek mempunyai tujuh rekod jenayah lampau termasuk kesalahan dadah.
"Polis akan meminta reman selama empat hari ke atas suspek," katanya lagi.
Sementara itu, Hazri berkata, kejadian turut sempat dirakam oleh teman wanita suspek sebelum melarikan diri sejurus pihak polis tiba.
"Usaha mengesan barang yang digunakan dan saksi ketika kejadian juga sedang dijalankan," tambahnya. — The Star/JUSTIN ZACK
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram