IMPIAN pembeli untuk memiliki kediaman sendiri tidak kesampaian apabila rumah idaman mereka di Projek Rumah Wilayah Persekutuan (Rumawip), Residensi Hektar Gombak, Kuala Lumpur terbengkalai sejak empat tahun lalu.
Pelbagai usaha telah dilakukan untuk membuka mata pihak pemaju untuk segera menyelesaikan projek perumahan terbabit namun didakwa gagal.
Untuk rekod, projek Residensi Hektar Gombak dimulakan pada 2017 dengan Nilai Pembangunan Kasar RM700 juta. Setiap unit berharga RM266,000 dengan keluasan 800 kaki persegi dan RM299,900 dengan keluasan 850 kaki persegi.
Projek tersebut mempunyai lima blok dan dibina atas Tanah Rizab Melayu seluas 7.85 hektar dan kesemua 2,400 unit dilaporkan sudah terjual.
BACA LAGI : 'Harapan tinggal harapan', pembeli Residensi Hektar Gombak kecewa projek terbengkalai lebih 4 tahun
BACA LAGI : [VIDEO] Wanita penggal kepala anak jiran, pura-pura ikut solat jenazah
Pada masa, ia turut menjadi bualan umum dan rata-rata warga maya bersimpati dengan nasib yang menimpa para pembeli projek tersebut.
Sehubungan itu, seorang netizen, Tah D'Skottchee mencadangkan kerajaan menggubal undang-undang melindungi hak pengguna yang teraniaya.
"Sepatutnya gubal satu undang-undang yang melindungi pembeli. Selagi tak siap 100 peratus, pembeli tak perlu membayar lagi.
"Sistem 'dajal' yang menekan rakyat. Sistem bank sentiasa senyum, tidur malam pun senang," katanya.
Sementara itu, Hairul Fnd pula berkata, pemaju sepatutnya bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya projek pembinaan rumah terbengkalai.
"Sepatutnya pemaju buat loan (pinjaman) pada bank siapkan rumah. Dah siap, baru loan pembeli release pada pemaju. Duit rolling tak ada tetapi sibuk nak jadi pemaju," tulisnya.
Namun begitu memetik laporan ejenhartanah.com, cadangan itu agak mustahil untuk dilaksanakan bagi pihak bank memandangkan institusi kewangan itu telah melepaskan (disburse) sebahagian daripada pinjaman tersebut.
Oleh yang demikian, pihak bank berhak menuntut pembeli membuat bayaran sebahagian daripada ansuran bulanan pinjaman. Perkara itu jelas dinyatakan dalam Surat Tawaran Pinjaman (LO) yang telah ditandatangani oleh pembeli dengan pihak bank.
Sementara itu, pihak pemaju pula berhak untuk tidak menyerahkan milikan kosong rumah tersebut kepada pembeli memandangkan pindah milik belum didaftarkan dan mereka pun masih belum menerima sepenuhnya bayaran harga jual beli rumah tersebut daripada bank pembeli. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram