SEORANG peniaga wanita terkedu selepas khemah perniagaannya dirempuh sebuah kereta di tepi jalan di Rantau Panjang, Kelantan pada Selasa.
Menerusi video kamera litar tertutup (CCTV) tular di Facebook sejak Rabu, peniaga terbabit dilihat dapat menghidu situasi yang bakal berlaku dan sempat mengelak kereta berkenaan.
BACA LAGI: Pemandu Wira rempuh penunggang OKU sampai maut di Jalan Batu Kitang bukan lari tapi serah diri
Dalam video sama, pemandu kereta itu dilihat memandu secara laju sebelum terbabas merempuh khemah mangsa.
Berdasarkan informasi yang dikongsi orang awam, pemandu tersebut didakwa memandu dalam keadaan bahaya sebelum kejadian berlaku.
Individu terbabit juga didakwa keluar dari kereta dengan bersahaja seperti tidak waras selepas kejadian itu.
Lebih parah, dia didakwa kembali memandu dan merempuh beberapa kenderaan dan gerai lain di kawasan berhampiran.
Beberapa anggota polis yang didakwa mengiringi pemandu terbabit ke balai berdekatan. — Facebook
Pada masa sama, melalui satu gambar yang dimuat naik di Facebook Anak Jati Rantau Panjang, polis dilihat mengiringi pemandu kereta dan didakwa dalam perjalanan ke balai berdekatan.
Bagaimanapun, setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram