PELANGGAN sebuah premis kecantikan di Bac Giang, Vietnam berdepan detik genting selepas sebuah lori merempuh pintu premis itu secara mengejut pada 7 Januari lepas.
Ketika kejadian, seramai tiga orang pelanggan dan seorang pekerja berada di dalam premis mendandan rambut itu.
Salah seorang daripadanya dilaporkan sempat melarikan diri manakala tiga lagi cedera parah akibat terkena serpihan pintu kaca yang pecah selepas dirempuh lori ketika itu.
BACA LAGI : Gerai tepi jalan ranap dirempuh lori mengundur di Taman Keramat
Bagaimanapun, pada hari sama, Pengerusi Jawatankuasa Rakyat Viet Lap, Nguyen Ngoc Bich berkata, berlakunya kemalangan jalan raya yang teruk sebelum itu di kawasan berhampiran.
Kemalangan itu juga dikatakan menyebabkan seorang penunggang motosikal lelaki maut di tempat kejadian.
"Sebuah lori yang dipandu oleh individu tidak dikenal pasti identitinya bertembung dengan mangsa sebelum merempuhnya," katanya.
Pada masa sama, pemandu lori tersebut dikatakan pergi ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan.
Sementara itu, Polis Tan Yen juga dilaporkan sedang menyiasat kes tersebut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram