TULAR satu kejadian kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran bersama motosikal dalam kejadian di Jalan Pusa berdekatan Mendas Baru, Saratok, Sarawak pada Selasa.
Menerusi maklumat awal yang dikongsikan Sarawak Roads Update, insiden terbabit dipercayai berlaku sekitar pukul 9 malam.
Berdasarkan video yang dimuat naik di media sosial, penunggang berkenan dilihat terbaring terkulai di atas lorong kanan jalan terbabit, tidak jauh dari motosikalnya.
BACA LAGI: [VIDEO] Aksi polis kejar Bezza lawan arus gemparkan penduduk Cyberjaya
BACA LAGI: [VIDEO] Kereta lawan arus tiba-tiba bertembung di jejambat AKLEH, katanya sebab keliru susur keluar
Sementara itu, bas persiaran terlibat dalam kemalangan terbabit dilihat berhenti kira-kira lebih 50 meter (m) daripada lokasi mangsa dengan kesan brek tayar turut kelihatan di atas jalan.
Maklumat awal dikongsikan orang awam di ruangan komen memaklumkan kejadian tersebut berlaku selepas penunggang motosikal terbabit didakwa menunggang melawan arus di lebuh raya berkenaan.
Situasi itu menyebabkan bas terlibat dipercayai tidak sempat mengelak lalu merempuh mangsa.
Setakat laporan ini ditulis, status mangsa terlibat dalam kemalangan terbabit masih tidak dapat dipastikan manakala pihak polis belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram