Dua pertiga individu hilang upaya berjaya pulih di Pusat Rehabilitasi PERKESO


  • Primer
  • Isnin, 15 Jan 2024

Steven (tiga, kiri) melihat salah satu kaedah fisioterapi yang dilakukan Orang Berinsuran (OB) ketika mengadakan lawatan kerja di PRPTA, Melaka pada Isnin.

SELEPAS hampir sedekad penubuhannya, Pusat Rehablitasi milik Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di Melakakini sudah berjaya memberikan rawatan kepada seramai 15,214 individu sejak ia mula dibuka pada Oktober 2014..

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, secara purata, dua daripada tiga individu terbencana yang menjalani rawatan rehabilitasi secara holistik di Pusat Rehablitasi PERKESO Tun Abdul Razak (PRPTAR) itu berjaya dipulihkan.

Menurutnya, kejayaan usaha tersebut adalah manifestasi kementerian dalam memperjuangkan kebajikan pekerja di Malaysia, selari dengan tiga indikasi utama yang digariskan.

Ia meliputi pengukuhan kebajikan pekerja, peningkatan kemahiran dan keberhasilan pekerja.

Pada masa sama, beliau menegaskan, rawatan di PRPTAR bukan sahaja ditawarkan kepada pencarum PERKESO semata-mata.

Ini kerana ujarnya, perkhidmatan di rawatan pemulihan ditawarkan turut meliputi golongan bukan pencarum daripada segenap kumpulan melalui pembiayaan sendiri.

BACA LAGI: 'Jalan teruih', PERKESO perlu sentiasa perbaharui dasar dan program perlindungan pekerja, tegas Steven Sim

KUALA LUMPUR, 11 Jan -- Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong bercakap pada media selepas mengadakan pertemuan bersama kakitangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) di Wisma Cuepacs hari ini.--fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberian selepas mengadakan kunjungan sulung ke PRPTAR, di Melaka, pada Isnin.

Hadir sama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad dan Pengerusi Lembaga PERKESO, Datuk Seri Subahan Kamal.

Pusat Rehabilitasi Perkeso Tun Abdul Razak merupakan pusat rawatan pemulihan yang pertama dibuka di Malaysia dan Asia Tenggara.

Dalam kunjungan tersebut, Steven turut dibawa bagi meninjau operasi Klinik Rehabilitasi NeuroRobotik dan Cybernics pertama di Asia Tenggara yang mula beroperasi pada Ogos tahun lalu.

BACA LAGI: PERKESO jamin khidmat pencarum, majikan tidak terjejas ekoran serangan siber

“Ia merupakan program baharu yang ditawarkan PERKESO dengan penggunaan teknologi neurorobotik terkini seperti ‘Robot Suit HAL’ dan terapi neuromodulasi.

”Terapi neuromodulasi pertama seumpamanya di Malaysia ini adalah rawatan rangsangan kepada otak dan sistem saraf yang berupaya

menghasilkan laluan saraf baharu atau memperbaiki laluan saraf yang terjejas akibat kecederaan atau penyakit,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram