MKM terima lesen kendali jemaah haji, tawar baucar diskaun bernilai RM1 juta


  • Bizz
  • Rabu, 10 Jan 2024

Pengarah Strategik MKM, Abdul Hadi Abdul Raman (kiri) dan Pengurus Haji MKM, Ahmad Safuan Nizam Mohd menunjukkan lesen PJH.

MKM Ticketing Travel and Tours Sdn Bhd (MKM), sebuah syarikat pengendali umrah dan haji terkenal di Malaysia terpilih oleh Lembaga Tabung Haji (TH) untuk mengurus jemaah ke Tanah Suci bagi Musim Haji 2024.

Mengulas lanjut, MKM merupakan salah satu daripada 25 buah syarikat tempatan yang diberi kepercayaan untuk memperoleh lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) pada musim ini.

Pengarah Strategiknya, Abdul Hadi Abdul Raman berterima kasih kepada pihak pengurusan TH kerana melantik MKM sebagai PJH sejak tahun 2016, yang pasti dibuat berdasarkan keupayaan syarikat memberikan perkhidmatan yang cekap dan profesional.

BACA LAGI: [VIDEO] Rider nyaris rentung, motor tiba-tiba terbakar akibat litar pintas lepas isi minyak

WhatsApp Image 2024-01-10 at 2.14.33 PM

Jemaah haji MKM bergambar selepas selesai melontar pada hari terakhir 13 Zulhijjah (Nafar Thani).

“Pemberian lesen PJH itu merupakan manifestasi kepercayaan berterusan TH terhadap MKM sebagai antara syarikat tempatan terpilih yang benar-benar berkelayakan selain berjaya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sementara itu, Pengurus Haji MKM, Ahmad Safuan Nizam Mohd menyatakan, MKM sudah bersedia sepenuhnya untuk menawarkan perkhidmatan pengendalian yang terbaik dan cekap serta kemudahan berkualiti kepada para jemaahnya termasuklah mempunyai pejabat cawangannya di Tanah Suci, baru-baru ini

Ahmad Safuan Nizam Mohd berkata, MKM berjaya menerbangkan hampir 100,000 jemaah rakyat Malaysia selama 20 tahun dalam mengendalikan ibadah umrah dan haji yang membuktikan MKM sebagai syarikat yang kukuh dan mampu menawarkan perkhidmatan terbaik.

WhatsApp Image 2024-01-10 at 2.14.33 PM (1)

Jemaah haji kendalian MKM tiba untuk bermabit di Mina dalam menunaikan ibadah haji.

“Selain itu, kewujudan pejabat cawangan kami di Mekah akan memudahkan lagi sebarang urusan berkaitan dengan pengendalian jemaah serta usaha menjaga kebajikan mereka sepanjang berada di sana,” katanya.

Bagi Musim Haji 2024, Ahmad Safuan menambah, pihak pengurusan syarikat bakal mengumumkan pakej-pakej Haji menarik tidak lama lagi selain memperuntukkan RM1 juta bagi menyediakan baucar khas bernilai RM5,000 kepada setiap jemaah yang terpilih, baucar berkenaan terhad kepada mereka yang terawal mendaftar dengan MKM.

Katanya, bakal jemaah Haji yang ingin menikmati baucar berkenaan bolehlah mengimbas Kod QR yang disediakan di platform media sosial MKM tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.