BARU-BARU ini, Pengiran Muda 'Abdul Mateen Bolkiah dilaporkan akan menamatkan zaman bujangnya dengan pilihan hati, Dayang Anisha Rosnah Adam.
Anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz itu bakal melangsungkan perkahwinan pada 11 Januari ini.
Dengan tarikh perkahwinan mereka semakin hampir, kedua-dua pasangan itu semakin mencuri tumpuan ramai.
Terbaharu, Dayang Anisha mendapat perhatian susulan tular sebuah video memaparkan bakal isteri Putera Mateen itu ketika berada dalam satu majlis khatam al-Quran sempena pernikahan mereka.
Putera Mateen (kiri) bersama bakal isterinya, Dayang Anisha (kanan).
Menerusi video yang tular di media sosial sejak Ahad, Dayang yang berpakaian serba putih sedang membaca al-Quran.
@jackiebohari ♬ original sound - Jackie Bohari
Suara lunak Dayang ketika itu juga dilihat menarik perhatian warga maya yang menonton video tersebut.
“Masya-ALLAH, sudah cantik boleh mengaji lagi,” komen Nuning.
BACA LAGI: Anisha Rosnah jadi pilihan hati Putera Mateen
“Alhamdulillah semoga dipermudahkan segalanya dan semoga dalam lindungan ALLAH. Semoga kekal bahagia hingga ke jannah,” tulis Noorjan.
Difahamkan, majlis berkenaan diadakan pada Rabu lalu iaitu beberapa hari sebelum istiadat bermula secara rasmi pada Ahad dengan Adat Membuka Gendang Jaga-Jaga.
Terdahulu, istiadat perkahwinan pasangan diraja itu dilaporkan akan berlangsung selama 10 hari bermula Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada Ahad manakala majlis akad nikah pula akan berlangsung pada 11 Januari. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram