[VIDEO] Dua pemuda 'hiking' hilang secara misteri di Kuching dijumpai


  • 112
  • Rabu, 03 Jan 2024

Kedua-dua mangsa yang dipercayai tersesat itu ditemui dalam keadaan sihat dan sedang dibawa turun oleh pasukan penyelamat.

DUA lelaki yang dikhuatiri hilang di kawasan Kuil Mariaman, Matang, Kuching, Sarawak pada Rabu selamat dijumpai oleh pasukan penyelamat.

Perkara itu dimaklumkan sendiri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerusi video yang dimuat naik di Facebook JBPM Sarawak sekitar pukul 4.30 petang Rabu.

Difahamkan, kedua-dua mangsa yang dipercayai tersesat itu ditemui dalam keadaan sihat, namun salah seorang daripadanya berada dalam keadaan lemah dan terpaksa diusung.

Usaha membawa turun kedua-dua pemuda terbabit sedang dilakukan.

Pasukan penyelamat menjumpai kedua-dua lelaki tersebut di atas sebuah curam dekat kawasan terbabit selepas mendengar suara panggilan meminta bantuan daripada mangsa.

Terdahulu, Majoriti melaporkan JBPM Sarawak sedang gigih melaksanakan operasi pencarian dan menyelamat dua lelaki yang dikhuatiri hilang di kawasan tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram