[VIDEO] Kali terakhir dilihat mandi sungai dengan adik dan kawan, budak 11 tahun dikhuatiri lemas di Kuala Terengganu


  • 112
  • Rabu, 27 Dis 2023

Sekitar operasi pencarian mangsa yang dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Tok Hakim, Terengganu pada Rabu. — Facebook

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dilaporkan hilang selepas dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Tok Hakim, Kuala Terengganu, Terengganu pada Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu, Roziah Abni Hajar dilaporkan berkata, mangsa yang dikenali sebagai Muhd Haraz Ilman Mohd Sharil Ridzuan dikatakan kali terakhir dilihat bermandi-manda bersama adik lelakinya dan seorang lagi rakannya di sungai berkenaan pada pukul 4.46 petang.

Pada masa sama, menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Facebook Ahmad Taqiyuddin Ismail, operasi menyelamat kanak-kanak tersebut masih dijalankan oleh pihak bomba.

Dalam video yang dikongsikan pengguna itu, pihak bomba turut dilihat giat melakukan pencarian di dalam air dan sekitar kawasan kejadian.

Bagaimanapun, mangsa dilaporkan masih belum ditemui sehingga kini. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram