'Sudah-sudahlah', rakyat gesa fokus kemajuan daripada sibuk tebuk atap


  • Politik
  • Ahad, 31 Dis 2023

Isu langkah Dubai yang dikatakan mahu menjatuhkan pentadbiran Anwar Ibrahim membangkitkan kemarahan rakyat.

PELBAGAI isu politik kian hangat menjadi bualan ramai menjelang 2024 ini.

Ia termasuklah dengan dakwaan Langkah Dubai yang cuba dilakukan oleh Perikatan Nasional (PN) dikatakan antara gerakan untuk menjatuhkan legasi pentadbiran Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian apabila dakwaan tersebut dinyatakan sendiri oleh Jabatan Komunikasi (J-KOM).

Sejurus sahaja dakwaan itu tular, pelbagai pihak termasuk pembangkang turut dilihat tercabar dan cuba membidas dengan menyatakan ia hanyalah rekaan semata-mata.

msg1050426791-21382

Wan Ahmad yang membidas isu dakwaan langkah Dubai baru-baru ini. — Bernama

Bidasan itu dilakukan oleh Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang juga mendakwa ia hanyalah rekaan cerita dongeng untuk menutup kegagalan pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

BACA LAGI: Langkah Dubai hanya 'diversion' - Wan Fayhsal

Bagaimanapun, isu yang telah menimbulkan pergolakan dalam kalangan pemimpin politik itu nampaknya lebih membangkitkan kemarahan rakyat.

Hal ini kerana, ada yang berpendapat bahawa para pemimpin seharusnya lebih fokus kepada pembangunan negara serta keadaan masyarakat.

"Sudah-sudahlah, fokus pada kemajuan rakyat dan negara. Rakyat perlukan kerja untuk terus kehidupan," tulis Aizam Othman.

Bukan sekadar itu, rata-rata warga maya kelihatan berang terhadap parti PN yang terbabit dalam isu berbangkit itu kerana ia dilihat seolah-olah mencari jalan pintas untuk meneraju pentadbiran negara.

msg1050426791-21393

Parti PN yang didakwa tidak seharusnya terlalu sibuk untuk 'tebuk atap'. — Gambar hiasan/Bernama

"Pemimpin PN asyik nak tebuk atap, mereka ingat boleh berjaya ke? Pemimpin PN semua tak boleh mentadbir negara percayalah," tulis Aki Aki Perak.

"Tunggulah Pilihan Raya Umum (PRU), asyik nak tebuk atap sahaja. Fikirkan tentang rakyat dan negara," komen Ishak Ibrahim.

Pada masa sama, ada juga yang mendakwa bahawa wakil rakyat PN tidak sepatutnya berfoya-foya di Dubai sehingga mengabaikan nasib rakyat yang dalam kesusahan.

"Wakil rakyat berfoya-foya di Dubai, rakyat yang mengundi mereka, hidup dalam kedaifan dan terpaksa menghadapi musibah.

"Apa jenis wakil rakyat yang sibuk menjaga poket dan kedudukan masing-masing. Baik tak perlu ada wakil rakyat," komen Roslan Omar.

Sementara itu, di sebalik kekecohan yang berlaku, terdapat juga warganet memuji tindakan Kerajaan Perpaduan yang tidak melayan sebarang persepsi dalam isu langkah Dubai yang dilontarkan.

"Ada dua kegagalan yang disebut iaitu, isu diesel dan isu cukai barangan dalam talian.

"Kemudian disebut kerajaan gagal menyelesaikan masalah persepsi itu. Terima kasih sebab mengaku ia hanyalah persepsi, sebab itu kerajaan Madani tak buang masa melayan," komen Mohamad Azlan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram