[VIDEO] Murid dilanggar warga asing depan sekolah di Kulim


  • Tular
  • Selasa, 02 Jan 2024

Tangkap layar video memaparkan mangsa yang terbaring di atas jalan raya selepas dilanggar oleh warga asing di hadapan sekolah di Kulim, Kedah pada Selasa.

SEORANG lelaki warga asing didakwa tidak mengikut peraturan selepas melanggar seorang pelajar perempuan di hadapan sekolah di Kulim, Kedah pada Selasa.

Menerusi video yang dimuat naik di Facebook Nor Fazzlan, mangsa dilihat terbaring di atas jalan raya sambil dikerumuni orang ramai ketika kejadian.

Berdasarkan informasi dikongsikan orang awam, lelaki berkenaan didakwa tidak mengikut arahan pengawal keselamatan yang sedang bertugas mengawasi jalan raya ketika itu.

"Pengawal keselamatan dah tahan jalan tapi warga asing ini terus langgar budak sekolah itu," tulisnya.

Dalam video sama, warga asing tersebut dikatakan melanggar mangsa dengan motosikal yang ditunggangnya ketika kejadian.

Namun, identiti dan keadaan mangsa masih belum dapat dipastikan lagi.

Belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung kejadian setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram