Suami isteri ditemukan mati dalam rumah di Seremban


  • 112
  • Selasa, 02 Jan 2024

Mayat pasangan berkenaan dihantar ke bahagian forensik Hospital Tuanku Ja’afar untuk bedah siasat. — Gambar Hiasan

SEPASANG suami isteri ditemukan meninggal dunia di rumah mereka di kondominium Jalan Keliling dekat Seremban, Negeri Sembilan pada tengah hari Selasa.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 12.49 tengah hari.

Beliau berkata, mangsa lelaki, 34, yang juga warga asing, merupakan tenaga pengajar di sebuah sekolah antarabangsa di Port Dickson manakala isterinya, warga tempatan berusia 31 tahun, adalah doktor di sebuah klinik pergigian di Linggi.

Baca Lagi: [VIDEO] Kedai telekomunikasi dirompak, pemilik rayu tahan suspek 'budak kening tebal'

"Siasatan di tempat kejadian dan pemeriksaan tubuh badan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Mayat pasangan berkenaan dihantar ke bahagian forensik Hospital Tuanku Ja’afar untuk bedah siasat,” menurutnya dalam kenyataan pada Selasa.

Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Adi Khusaini Saripudin di talian 012-770 7282 atau Ibu Pejabat Daerah Seremban di 06- 6033 222. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram