Penduduk Telaga Air gempar penemuan mayat membusuk lebih 2 hari


  • 112
  • Selasa, 02 Jan 2024

Polis memaklumkan mayat mangsa itu dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat dan kes disiasat sebagai laporan mati mengejut.

PENDUDUK Kampung Selang Laut, Telaga Air dekat Kuching, Sarawak pada Isnin digemparkan dengan penemuan mayat seorang lelaki di kawasan semak kampung berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, pihaknya menerima laporan mengenai mayat itu daripada orang awam kira-kira pukul 9.30 malam Isnin dan segera menggerakkan anggota ke lokasi.

“Pemeriksaan awal mendapati mayat seorang lelaki dijumpai di kawasan semak dalam keadaan terlentang. Mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih kurang dua hari.

"Namun, tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai pada tubuh mangsa dan identiti mangsa masih belum dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

415016941_699997285604774_5309862831897846300_n

Mayat lelaki yang ditemui di Kampung Selang Laut, Telaga Air dipercayai telah meninggal dunia lebih kurang dua hari. — Facebook

Baca Lagi : [VIDEO] Murid dilanggar warga asing depan sekolah di Kulim

Tambah beliau lagi, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat dan kes disiasat sebagai laporan mati mengejut (SDR).

Justeru, katanya mana-mana individu yang kehilangan ahli keluarga diminta untuk tampil bagi membantu siasatan.

Katanya orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Padawan di talian 082862233 atau Ketua Polis Balai Batu Kawa Inspektor Shahrul Hafizy di talian 013-2299699. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram