SEORANG kanak-kanak berdepan detik-detik cemas apabila ditemui terkunci di dalam kereta di perkarangan Terminal Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Terengganu pada Ahad.
Bagaimanapun, kanak-kanak berusia satu tahun lebih tersebut berjaya diselamatkan oleh pihak Bomba dan Penyelamat Terengganu.
Menerusi video yang dimuat naik di Facebook Aremied Lee, kelihatan beberapa anggota bomba dan orang awam turut membantu untuk membuka pintu kereta terbabit.
"Kejadian depan mata sendiri berlaku pukul 11 pagi. Kereta terkunci dari dalam, kanak-kanak setahun lebih di dalam.
"Beringat lain kali, kunci kereta sentiasa dengan kita," tulisnya.
Pada masa sama, bomba dikatakan mengambil masa selama lima minit sebelum pintu berjaya dibuka.
Sementara itu, belum ada sebarang kenyataan lanjut yang dikeluarkan oleh pihak bomba berhubung kejadian setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram