[VIDEO] Buat anak macam bola, lelaki tendang anak dalam pelukan ibu beberapa kali


  • Benua
  • Khamis, 28 Dis 2023

Tangkap layar seorang lelaki bertindak mengasari anak kecil dalam kejadian yang dipercayai berlaku di China.

SEORANG lelaki bertindak mengasari anaknya dalam kejadian yang berlaku di China baru-baru ini.

Dalam rakaman yang tular di media sosial menunjukkan suspek yang dipercayai merupakan bapa mangsa secara tiba-tiba mengamuk dan bertindak menendang anaknya beberapa kali sehingga terpelanting.

Turut dilihat, dua wanita berusaha untuk mengawal keadaan yang tegang dengan cuba menenangkan lelaki tersebut.

Wanita itu turut bertindak mengambil kanak-kanak berkenaan daripada terus dibelasah oleh bapanya.

@majoritiofficial yang maknya pun tak perasan ke?.. neneknya dah lari baru sibuk ambil anak, klik link untuk artikel penuh dan video asal #bapa #anak #nenek #ibu #suamiisteri #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #benua #luarnegara ♬ Suspenseful and tense orchestra(1318015) - SoLaTiDo

Selepas beberapa minit, lelaki itu bersama isterinya kembali menonton televisyen selepas keadaan dilihat sudah kembali reda.

Namun, lelaki itu yang masih berada dalam keadaan berang bertindak menyepak semula anaknya yang ketika itu berada dalam pelukan ibunya.

Namun, keadaan mangsa dan punca sebenar kejadian belum dapat dikenal pasti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram