Cosmopoint College tawar 1,000 slot baharu buat golongan B40, M40 lanjutkan pelajaran


  • Bizz
  • Sabtu, 30 Dis 2023

Cosmopoint College menyediakan beberapa kursus buat pengajian bertaraf ijazah sarjana dan sarjana muda dengan yuran berpatutan.

PERSAINGAN yang semakin hebat dalam era globalisasi hari ini menyaksikan generasi muda, terutamanya dalam kalangan golongan berpendapatan rendah sukar mendapatkan tempat dalam institusi pengajian tinggi.

Kesan daripada hal tersebut dikhuatiri hanya akan menjejaskan wawasan negara untuk melahirkan lebih ramai pakar dalam apa jua bidang.

Jadi, dalam membantu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) khususnya daripada golongan B40 dan M40 melanjutkan pelajaran, Cosmopoint College menawarkan 1,000 tempat tambahan untuk program pengajian peringkat sijil dan diploma.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cosmopoint, Najmie Noordin berkata, inisiatif tersebut dilancarkan melihat kepada permintaan tinggi serta trend pendaftaran pelajar baharu ke Cosmopoint College seluruh negara pada 2023.

nn ramadan

Najmie mahu lebih ramai pelajar daripada golongan B40 dan M40 menyambung pengajian masing-masing.

Selain itu, kekangan dari segi kewangan dihadapi pelajar daripada golongan berpendapatan rendah yang memperoleh keputusan cemerlang untuk melanjutkan pelajaran turut menjadi faktor di sebalik langkah diambil pihak berkenaan.

"Harapan kami adalah untuk melihat ramai pelajar di Malaysia mempunyai akses dan taraf pendidikan yang lebih tinggi terutamanya pelajar-pelajar dari luar Lembah Klang,” katanya.

Inisiatif itu akan menyaksikan peningkatan kepada 3,500 tempat untuk sesi pengajian pada 2024 di kesemua 10 kampus seluruh negara berbanding 2,500 slot pada tahun-tahun sebelum ini.

Tambah Najmie lagi, kualiti pengajian yang baik dengan harga berpatutan untuk semua peringkat menjadikan Cosmopoint College sebagai antara institusi pengajian tinggi awam terbaik buat pelajar.

Malah, Cosmopoint College juga bersedia dalam membantu meringankan beban kewangan pelajar dengan menyediakan kemudahan subsidi penginapan tempat tinggal sepanjang pengajian.

400419972_18397958494017721_7379820477166333324_n

Cosmopoint College menerima penyertaan menggalakkan pada 2023.

Di samping itu, bantuan penuh kewangan daripada agensi seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) turut disediakan bagi pelajar tidak berkemampuan.

Beberapa program baharu akan diperkenalkan Cosmopoint College pada 2024 sempena sambutan ulang tahun ke-32 penubuhan pusat pengajian berkenaan untuk membantu kebolehpasaran graduan mereka.

Antara program yang ditawarkan mereka ketika ini ialah e-kesetiausahaan, pendidikan awal kanak-kanak dan perniagaan dengan tempoh pengajian bagi peringkat sijil adalah selama setahun empat bulan sementara diploma adalah tiga tahun.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program-program yang ditawarkan, sila lawati www.cosmopointcollege.edu.my.Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram