
POLIS menahan seramai individu yang dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur pada Selasa lalu seperti yang tular dalam satu video sejak Khamis.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner, Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden tersebut sekitar pukul 10.07 malam hari kejadian.
Gaduh...gaduh.....tapi tak tau la apa sebab pic.twitter.com/igZB1dW02o
— MYNEWSHUB (@mynewshub) December 28, 2023
Ujarnya, kesemua yang ditahan merupakan warga tempatan berusia lingkungan antara 26 hingga 46 tahun.
"Seramai tiga individu yang ditahan dibenarkan reman selama satu hari pada 28 Disember 2023. Manakala, seramai lima individu lagi yang ditahan akan direman pada 29 Disember 2023 bagi tujuan siasatan lanjut.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
"Siasatan kes ini masih berjalan dan pihak polis menasihati orang ramai supaya tidak terlibat dalam sebarang aktiviti menyalahi undang-undang," katanya dalam satu kenyataan.
Tular satu video sejak Khamis memaparkan pergaduhan membabitkan sekumpulan individu di sebuah kawasan tempat letak kenderaan.
Di dalam video tersebut, beberapa individu dilihat diserang oleh sekumpulan lelaki yang bertindak menarik, menumbuk dan menendang mangsa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram