[VIDEO] Gaduh sampai guna pisau, jiran tak diam diri bila dengar jeritan minta tolong


  • Tular
  • Sabtu, 23 Dis 2023

Keadaan lantai yang dipenuhi titisan darah selepas insiden tersebut berlaku di sebuah rumah di Subang Bestari pada Jumaat. — Twitter/Mustakim

SEORANG lelaki berdepan detik-detik mendebarkan apabila mendengar jeritan meminta pertolongan di kawasan rumahnya yang terletak di Subang Bestari, Selangor pada Jumaat.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Twitter (X) @mustakim_ismail berserta beberapa gambar dan video berkongsi kisah tersebut.

Dakwanya, salah seorang jirannya sedang bertengkar sehingga menggunakan objek tajam iaitu pisau pada waktu itu.

msg1050426791-21074

Tangan salah seorang individu yang cedera dalam insiden tersebut. — Twitter/Mustakim

Punca pergaduhan itu dakwanya bagaimanapun tidak dapat dipastikan lagi.

"Nasib baik jiran datang cepat, kalau tidak dah arwah lelaki ni. Tak tahu gaduh pasal apa. Tengok gaya macam gaduh antara keluarga anak beranak.

"Tapi kalau dah bergaduh pakai pisau dan berdarah-darah, memang jiran-jiran perlu masuk campur.

"Dengar bunyi orang minta tolong, terus keluarga aku turun tengok," tulisnya.

Pada masa sama, dia yang cemas dengan situasi itu terus menghubungi pihak polis kerana bimbang akan membahayakan keselamatan orang lain terutamanya kanak-kanak.

Bukan itu sahaja, salah satu gambar dalam hantaran itu juga memaparkan keadaan tangan jirannya yang dipenuhi dengan darah dikatakan akibat pergaduhan tersebut.

Dalam pada itu, dia mendakwa pergaduhan kemudiannya dapat dileraikan dan kesemua individu terlibat sudah dibawa ke balai polis berdekatan.

Sementara itu, rata-rata warganet memberi reaksi positif terhadap tindakan pemilik video berkenaan kerana prihatin terhadap keadaan jiran.

"Mujur ada jiran prihatin. Tahniah dan terima kasih," komen @iRaesmee.

"Jiran yang prihatin dan bijak. Hubungi polis untuk bantuan," tulis @City01011.

Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung kejadian setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram