[VIDEO] Misteri identiti mayat dalam Bezza terjawab, polis sahkan sudah mati lebih 5 hari


  • 112
  • Isnin, 25 Dis 2023

Tangkap layar video memaparkan penemuan satu mayat di dalam sebuah kereta di kawasan parkir tapak jualan but kereta di Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada Ahad.

MAYAT lelaki yang ditemui di dalam kereta jenis Perodua Bezza di kawasan parkir tapak jualan but kereta di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada Ahad telah meninggal dunia lebih lima hari.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat tersebut kira-kira pada pukul 12.04 tengah hari.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa merupakan seorang lelaki tempatan berusia 40-an.

“Mangsa dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta jenis Perodua Bezza.

“Hasil siasatan mendapati mangsa meninggal dunia dalam tempoh melebihi lima hari,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

BACA LAGI: 'Patut ada bau lain macam', orang awam jumpa mayat dalam Bezza di Damansara

M Hussin berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Pada masa sama, beliau turut meminta individu yang melihat atau berada di tempat kejadian untuk tampil ke balai polis bagi membantu siasatan.

“Orang ramai juga boleh berhubungan secara terus dengan Ketua Polis Balai Kota Damansara, Asisten Superintendan, Mohd Nasir Mustapha di talian 011-32052062 bagi membantu siasatan,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram