PENGUNJUNG tapak jualan but kereta di Damansara, Petaling Jaya, Selangor dikejutkan dengan penemuan mayat yang berada di dalam kereta pada Ahad.
Menerusi video tular di media sosial sejak Ahad itu, kelihatan beberapa orang awam yang sedang mengerumuni kereta jenis Perodua Bezza selepas mendapat tahu terdapat sekujur tubuh tidak bernyawa di dalamnya.
Kejadian itu bagaimanapun dikatakan disedari mereka selepas terhidu bau yang kurang menyenangkan ketika berada di sekitar kawasan tersebut.
BACA LAGI: Misteri identiti mayat dalam Bezza terjawab, polis sahkan sudah mati lebih 5 hari
Salah seorangnya mendakwa, mangsa berkemungkinan meninggal dunia akibat bunuh diri kerana terdapat sekeping nota yang ditinggalkan di kereta berkenaan.
"Kalau tak silap dia bunuh diri sebab dia siap letak notis lagi di kereta dia," komen @helloathirahjohari.
Nota yang ditinggalkan di dalam kereta mangsa. — Twitter/@aunaldenwana
Bukan itu sahaja, terdapat juga satu dakwaan yang mengatakan bahawa mayat tersebut sudah berada di dalam kereta selama dua hingga tiga hari tetapi baru disedari pada Ahad.
"Dengar cerita bunuh diri. Mayat dah lama dalam tu, dua hingga tiga hari tapi orang baru perasan. Tak tahu sahih atau tidak," tulis @shuhaahmad. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram