Wanita ditemui maut dalam Bezza di Penampang


  • 112
  • Sabtu, 16 Dis 2023

Pihak polis ketika tiba di lokasi mangsa yang sudah meninggal dunia dalam keretanya di Penampang pada Sabtu. — PDRM Penampang

SEORANG wanita ditemui maut di dalam sebuah kereta yang terletak di parkir sebuah pusat beli-belah di Penampang, Sabah pada Sabtu.

Kejadian itu disedari oleh orang awam yang terus memaklumkan pihak polis selepas mendapati mangsa berusia 39 tahun tidak sedarkan diri dalam keadaan enjin kereta masih hidup.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton, berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa warga tempatan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di tempat duduk pemandu kereta jenis Perodua Bezza.

photo1702714563

Mangsa ditemui dalam keadaan enjin keretanya yang masih hidup. — PDRM

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang bertugas. Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu untuk bedah siasat," katanya menerusi satu kenyataan pada Sabtu.

Sammy berkata, polis turut mengesahkan tidak terdapat sebarang unsur jenayah di lokasi kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

"Polis ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan gambar mangsa dan info yang tidak sahih bagi menjaga sensitiviti keluarga," tambahnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram