TULAR satu dakwaan mengatakan bahawa seorang pempengaruh media sosial wanita di China dengan menggunakan nama Xiao Xiao Dobby didakwa sudah meninggal dunia baru-baru ini.
Ia susulan satu hantaran yang dimuat naik oleh pengguna Twitter (X) bernama Rob dengan kapseyn yang seakan-akan menyatakan Xiao Xiao telah meninggal dunia.
"Xiao Xiao tolong jangan pergi kawan, siapa yang mula sebarkan berita ini," tulisnya.
Xiao Xiao merupakan wanita berumur 36 tahun dengan penyakit mikrosefali iaitu gangguan perkembangan saraf sehingga menyebabkan penyekatan saiz otak dan tengkorak.
Malah, penyakit itu juga membuatkan tubuh dan wajahnya bersaiz seperti kanak-kanak.
Dia mula dikenali di seluruh platform media sosial selepas videonya tular di aplikasi TikTok bersama pempengaruh lain di negara itu.
Bukan itu sahaja, Xiao Xiao juga dikenali kerana sering muncul dengan watak menghiburkan dalam setiap video yang dihasilkannya itu.
Namun, berita atau rumors mengejutkan tentang kematiannya itu sekali gus mendapat perhatian warga maya yang tidak sanggup kehilangannya.
Bagaimanapun, berita tersebut dikatakan tidak benar dan Xiao Xiao dilaporkan masih hidup tetapi akaunnya sahaja yang sudah disekat kerana dianggap mempunyai kandungan sensitif untuk tontonan kanak-kanak.
Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh agensi, akaun pempengaruh itu turut disekat atas alasan terdapat kandungan penderaan kanak-kanak. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram