[VIDEO] Penunggang motor cedera kena 'sodok' kereta salah lorong di lampu isyarat di Puncak Alam


  • Tular
  • Sabtu, 23 Dis 2023

Tangkap layar video memaparkan mangsa yang dirempuh sebuah kereta di persimpangan jalan di Puncak Alam, Selangor pada Sabtu.

SEORANG penunggang motosikal cedera selepas dirempuh dengan sebuah kereta dari tepi di persimpangan jalan berhampiran lampu isyarat di Puncak Alam, Selangor pada Sabtu.

Menerusi video kamera papan pemuka (dashcam) yang dimuat naik di Facebook Eims, mangsa dilihat sedang melintas simpang empat itu selepas lampu bertukar hijau tetapi terjatuh akibat dirempuh kereta jenis Proton Persona.

Kereta berkenaan dipercayai tersalah lorong apabila berada di jalan yang membelok ke kanan tetapi memilih untuk meneruskan perjalanan, sekali gus menyebabkan kemalangan itu berlaku.

Walaupun dirempun, mangsa yang memakai topi keledar itu dilihat berdiri kembali dan dibantu beberapa pengguna jalan raya yang lain.

Berdasarkan informasi yang dikongsikan oleh pemilik video yang juga merupakan saksi kejadian mendakwa bahawa mangsa mengalami kecederaan di hidung dan mulut.

Namun, keadaan sebenar dan identiti mangsa masih tidak dapat dikenal pasti lagi.

Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung kejadian setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram