[VIDEO] Lelaki parah terduduk depan treler, tangan putus lepas kemalangan di Ulu Tiram


  • Tular
  • Jumaat, 22 Dis 2023

Keadaan mangsa yang terduduk dan mengalami cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan bersama sebuah lori di Taman Tiram Baru, Ulu Tiram pada Jumaat. — Orang Awam

SEORANG lelaki mengalami kecederaan parah putus tangan selepas dipercayai terlibat dalam satu kemalangan di Taman Tiram Baru, Ulu Tiram, Johor pada Jumaat.

Dalam kejadian tersebut, lelaki berkenaan yang menaiki motosikal difahamkan terlibat kemalangan bersama sebuah lori treler.

Impak daripada perlanggaran berkenaan, mangsa dilihat cedera parah dan terduduk di hadapan treler berkenaan yang sudah berhenti dalam keadaan tangan kanannya terputus dari badan.

Pada masa sama, sebahagian daripada tangan kirinya juga didapati sudah hancur akibat kemalangan tersebut.

Menerusi sebuah video tular yang dikongsikan orang awam, pasukan perubatan dan pihak polis dilihat sudah berada di lokasi bagi memberikan rawatan.

Punca kepada kejadian kemalangan itu bagaimanapun tidak dapat dipastikan dengan pihak polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram