[VIDEO] Terbabas langgar tiang, lelaki dijemput Ilahi dalam Masjid Guar Lobak


  • Tular
  • Jumaat, 22 Dis 2023

Seorang penunggang motosikal terbabas di Masjid Guar Lobak, Padang Serai pada Jumaat.

SEORANG lelaki maut selepas terlibat dalam satu kemalangan kendiri di Masjid Guar Lobak, Padang Serai, Kedah pada pukul 5.30 pagi Jumaat.

Melalui maklumat awal yang dikongsikan di laman Facebook, Hazzura Senapi berkata, ketika kejadian, mangsa pada ketika itu menunggang sebuah motosikal secara bersendirian sebelum hilang kawalan lalu merempuh sebuah tiang yang berada di masjid berkenaan.

"Innalillahiwainnalillahirajiun, kejadian pagi Jumaat 5.30 pagi waktu subuh. Terbabas masuk dalam masjid.

"Bernafas lagi sebelum azan Subuh, tunggu ambulans sampai tetapi mangsa meninggal dunia.

"Polis datang tunggu waris tak dapat cari. Otak berkecai darah banyak keluar. Rezeki dijemput Ilahi dalam masjid.

"Perjalanan terakhir di dalam masjid," katanya.

Tambah Hazzura lagi, berdasarkan maklumat awal yang diterima, mangsa dipercayai mengalami sawan yang mengakibatkan dia hilang kawalan untuk menunggang motosikal.

"Helmet ada mangsa pakai, ada yang cakap arwah ada sawan. Cara dia pulas minyak itu macam sawan, terus masuk dalam masjid kena kolah masjid sedikit rasanya terpelanting kerana motosikalnya ke hadapan," tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa pilu melihat kejadian yang terjadi pada hari yang mulia.

"Mahu ajar mengucap masa dia waktu hujung nyawanya itu. Arwah pergi diiringi azan subuh," tulis Hazzura Senapi.

"Salam takziah. Innalillahiwainnalillahirajiun. Budak baik ini. Kenal dia dah lama. Senang minta tolong. Semoga Allah tempatkan arwah bersama-sama para syuhada. Amin Ya Rabbal Alamin," tulis Ezah Othman.

"Orang baik, meninggal hari Jumaat dalam masjid. Rezeki dia, semoga dipermudahkan segala urusan arwah dan untuk keluarga. semoga tabah Amin," tulis Aina Najwa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram