PEKERJA salon panik apabila dua wanita warga asing yang berada di salon kecantikan kuku secara tiba-tiba mengamuk dalam kejadian yang berlaku di kawasan Badung, Bali, Indonesia baru-baru ini.
Difahamkan, kekecohan itu bermula apabila dua orang pelanggan berkenaan keberatan untuk membayar rawatan kuku yang dikenakan dengan harga 930 ribu Rupiah (RM280).
Sebelum insiden tersebut, pekerja salon menyediakan perkhidmatan mengikut permintaannya dan mengenakan harga selepas dikira berdasarkan servis yang disediakan.
Dalam perkembangan lain, kedua-dua suspek berjaya ditangkap pegawai Imigresen semasa cuba melarikan diri dari Bali ke Lapangan Terbang Antarabangsa I Gusti Ngurah Rai, Bali pada malam Sabtu.
Kedua suspek malah cuba mengelak daripada dapat dikenalpasti oleh pegawai dengan mengenakan topeng muka dan topi semasa beratur di pemeriksaan imigresen lapangan terbang.
Setakat berita ini ditulis, kedua-dua suspek yang merupakan warganegara Amerika Syarikat dan England berdepan hukuman penjara selama dua tahun lapan bulan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram