Kenderaan kecil dinasihatkan untuk guna laluan alternatif, beberapa lokasi di Shah Alam dilanda banjir kilat


  • 112
  • Sabtu, 16 Dis 2023

Keadaan banjir di sekitar Shah Alam, Selangor yang dikongsikan oleh warga maya pada Sabtu. — Facebook/Orang Awam

KENDERAAN kecil dinasihati untuk mengelak daripada menggunakan laluan keluar dan masuk terowong Seksyen U12 dekat Shah Alam, Selangor berikutan kenaikan air akibat hujan lebat yang berlaku di sekitar kawasan berkenaan pada Sabtu.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerusi hantaran di aplikasi X memaklumkan mana-mana pengguna jalan raya dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif.

"Orang ramai dinasihatkan untuk tidak melalui laluan di Persiaran Kayangan (hadapan Hotel Concorde); Persiaran Sukan di Seksyen 13 (hadapan franchise Ramli Burger) dan Persimpangan PUSPAKOM, Seksyen 16.

"Selain itu, elak melalui laluan di Persiaran Masjid bersebelahan kolam takungan Seksyen 5 dan Jalan Kapar di Seksyen 27,” menurut hantaran berkenaan.

Sebarang kecemasan atau bantuan segera akibat banjir di Shah Alam sila hubungi Pasukan PANTAS di talian 03-55105811.

Sementara itu, tinjauan Bernama di beberapa kawasan di sekitar Shah Alam 8 malam Sabtu mendapati hujan mulai reda selepas berlaku hujan lebat sekitar 6 petang Sabtu. — Majoriti