[VIDEO] 'Cari kucing atau mencuri?' dakwaan taman kena lockdown sebab lelaki 'berparang' cetus panik


  • Tular
  • Jumaat, 15 Dis 2023

Tangkap layar CCTV memaparkan lelaki tidak dikenali yang berkeliaran di dalam sebuah rumah di kawasan kediaman itu pada Jumaat.

SALAH seorang penduduk mendakwa berdepan detik-detik cemas selepas kawasan kediamannya terpaksa ditutup dipercayai disebabkan kejadian pencerobohan pada awal pagi Jumaat.

Kejadian itu mula berlaku apabila tindakan individu tersebut tertangkap dalam kamera litar tertutup (CCTV) di rumah berkenaan.

Menerusi video yang dimuat naik di Twitter (X) @ruffleseed, lelaki berbaju hitam dengan memakai topi merah dilhat memanjat pagar dan memasuki sebuah rumah kediaman tersebut.

msg1050426791-20471

Tangkap layar CCTV memaparkan individu tersebut ketika kejadian.

Dia mendakwa bahawa lelaki tersebut berkeliaran di dalam kawasan rumahnya dengan objek yang dikatakan sebilah parang walaupun satu lagi rakaman menunjukkan objek itu menyerupai tali.

Dalam klip CCTV itu, lelaki tersebut kelihatan tidak memecah masuk ke dalam rumah dan berada di kawasan dalam pagar sahaja selain kelihatan mencari sesuatu.

Selepas itu, lelaki tersebut turut dilihat memanjat keluar daripada rumah dan berlalu pergi.

Pemilik video mendakwa, kejadian berlaku pada pukul 2 pagi dan hanya memerhati gerak-geri lelaki tersebut sementara menunggu pihak polis tiba.

Pada masa sama, warganet yang menonton video berkenaan pula mendakwa bahawa individu itu kelihatan seperti sedang mencari sesuatu yang hilang.

"Macam tengah cari kucing hilang je," komen @AsyrafJLL.

Namun, setakat berita ini ditulis, tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung kejadian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram