[VIDEO] Tak padan dengan kaki capek, lelaki selamba curi helmet basikal di Klang


  • Tular
  • Selasa, 12 Dis 2023

Tangkap layar CCTV memaparkan suspek mencuri topi keledar basikal di sebuah rumah terletak di Klang Selatan, Selangor pada Selasa.

PEMILIK rumah berputih mata selepas seorang lelaki dengan bersahaja memecah masuk dalam rumahnya yang terletak di Jalan Sri Sarawak, Taman Sri Andalas, Klang Selatan, Selangor pada Selasa.

Menerusi video kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di Facebook Kamarul Zafik Abdul Manaf, kejadian berlaku pada pukul 5.11 pagi Selasa.

Dalam video itu, suspek dilihat membuka pagar dan memasuki rumah mangsa tanpa disedari oleh orang sekeliling.

"Dia selamba buka pagar masuk terus ambil helmet basikal anak saya, macam sudah lama sasarkan," tulisnya.

Pada masa sama, suspek yang berjalan dalam keadaan terhincut-hincut itu kemudiannya keluar dengan membawa satu topi keledar merah di tangannya.

msg1050426791-20219

Gambar topi keledar yang dikongsikan oleh pengguna Facebook terbabit.

Tanpa berlengah, lelaki tersebut dengan tenang keluar dan terusberedar daripada rumah berkenaan.

Bagaimanapun, setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung kejadian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram